Thursday, July 30, 2009

Bekas Pejabat Daerah Kapit, Terbakar.

KAPIT- 30 Julai 2009, Lebih kurang jam 02.16 petang, suatu kebakaran telah berlaku di bangunan bekas Pejabat Daerah Kapit, yang terletak di Jalan Penghulu Nyanggau, Kapit.

Untuk rekod, bangunan ini telah tidak digunakan lagi kerana Pejabat Daerah Kapit sekarang telah berpindah ke Wisma Kerajaan Negeri yang baru yang terletak di Jalan Beleteh, Kapit.

Semasa di lokasi, kelihatan beberapa orang Polis sedang mengawal lalu lintas. Kelihatan juga Pasukan Bomba sedang memadam kebakaran, sambil di bantu oleh beberapa orang awam.

Kebakaran berjaya dikawal kira-kira jam 02.42 petang. Punca kebakaran sedang disiasat.

Agent24, Kiky_3603 melaporkan untuk http://www.pgx.com.my
dan untuk para bloggers..





2 comments:

Muallim Adham said...

i say man.. mmg prkara gni jarang2 berlaku kan heh heh heh.... org sabotaj ke? bgnan tu mmg tak digunakan lg kan..

Fadhlah said...

wide angle...