Saturday, January 30, 2010

Self-accident di Medical Villa, Kapit.




KAPIT - 30 Januari 2010, Lebih kurang jam 1230 tengahari, suatu self accident yang melibatkan sebuah Perodua MyV telah terjadi di hadapan Medical Villa, Jalan Selirik. Saya yang kebetulan melalui jalan tersebut terus membuat siasatan.
Daripada penyiasatan saya, didapati pemandu dalam keadaan normal dan tidak mengantuk. Menurut pemandu, ini kali kedua dia accident menggunakan kereta ini. Kali pertama ketika di Sri Aman. Dan ini merupakan kali ketiga kereta tersebut accident. Kali kedua adalah dipandu oleh bapa mertua beliau.

Daripada penyiasatan saya juga, saya syaki pemandu memandu agak laju sebelum masuk ke simpang Medical Villa, ataupun kurang mahir membawa kereta. Pemandu bekerja sebagai seorang guru di kawasan pedalaman Kapit, yang memakan perjalanan menggunakan exspress kira- kira 2 jam. Ketika kejadian, pemandu mengatakan dia baru saja balik dari Mujong, lebih kurang 40minit dari lokasi kejadian. Pemandu datang dari sebelah kanan simpang Medical Villa.
Tiada kenderaan lain di lokasi kejadian, melainkan kenderaan yang berhenti untuk memberi bantuan yang perlu.

Keadaan kereta agak teruk, bumper hadapan pecah dan cermin windshield depan retak. Terdapat juga calar dikawasan tepi pintu sebelah pemandu. Pagar pun tumbang juak kerja nya... ha ha..

Ketika dilokasi, pemandu hanya mengadu sakit kepala yang saya percayai akibat hantukan pada cermin atau stereng. Menurut pemandu, laporan Polis akan di buat agar dia dapat menuntut insuran.

Agent24 kiky melaporkan untuk http://www.pgx.com.my

- gambar menceritakan segalanya....

1 comment:

Sebandile Blog said...

bro, nang ada jak berita accident u tu. tapi ok juak la berkongsi berita. keep it up